Microsoft Menghentikan Pengeluaran Konsol Xbox One

Sementara Sony masih mengeluarkan PlayStation 4 untuk menampung kekurangan PlayStation 5, pihak Microsoft pula melakukan sebaliknya.

Microsoft kini mengatakan mereka telah menghentikan semua pengeluaran melibatkan konsol Xbox One.

Sebaliknya, Microsoft kini memfokuskan pengeluaran untuk konsol generasi baru mereka, iaitu Xbox Series X dan juga Xbox Series S.

Seperti ramai sedia maklum, kedua-dua konsol generasi baharu Microsoft ini menyokong pelbagai permainan yang dibangunkan untuk siri Xbox One. Ia telah ditawarkan selama lapan tahun, dan pemain yang merindui penawarannya, masih boleh menikmatinya melalui konsol generasi baru Microsoft.

Sohor Kini