Ghost of Tsushima Telah Terjual Sebanyak 8 Juta Unit

Sucker Punch Productions hari ini telah mengumumkan yang permainan aksi pengembaraan mereka Ghost of Tsushima telah terjual sebanyak 8 juta unit iaitu penambahan sebanyak 3 juta unit berbanding November tahun 2020. Ia sebelum ini diumumkan permainan oleh PlayStation Studios yang terlaris untuk PS4.

Pada tahun lepas, mereka telah mengeluarkan Ghost of Tsushima Director’s Cut yang turut menyertakan penambahan penceritaan dan misi baharu yang membawa pemain ke kepulauan Iki. Ini sudah semestinya membantu penambahan jumlah jualan untuknya.

Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Ghost of Tsushima Director’s Cut – Penambahan Bermakna Tetapi Terhad.

Ghost of Tsushima sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 melalui versi Director’s Cut. Sejak dikeluarkan ia telah menerima pelbagai penghargaan seperti permainan terbaik di Japan Games Awards, permainan pertama dari luar Jepun pertama memenanginya. Ia juga akan menerima filem aksi nyata yang diarahkan Chad Stahelski yang merupakan pengarah untuk filem-filem John Wick.

Sohor Kini