Skip to main content

Sony Pictures dan PlayStation Production telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem berdasarkan permainan oleh Sucker Punch iaitu Ghost of Tsushima. Ia akan diarahkan oleh Chad Stahelski yang merupakan pengarah untuk filem-filem John Wick.

Ia akan diterbitkan oleh 87Eleven Entertainment iaitu syarikat produksi Chad Stahelski, Alex Young dan Jason Spitz. Asad Qizilbash dan Carter Swan akan mewakili PlayStation Prodcutions dan Peter Kang akan menjadi Penerbit Eksekutif mewakili Sucker Punch.

Ghost of Tsushima merupakan satu permainan yang berjaya oleh Sucker Punch, di mana mereka telah mengumumkan yang ia telah terjual sebanyak 6.5 juta unit dan mendapat pengiktirafan oleh bandar Tsuhima sendiri. Ia sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan boleh juga dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

Leave a Reply