Bersempena dengan Tokyo Game Show, Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) juga menganjurkan Japan Game Awards (JGA) dan bagi penganjuran untuk tahun ini, senarai pemenang akhirnya diumumkan.

Anda boleh tonton pengumuman di bawah.

Bagi Permainan Terbaik Tahun Ini, Japan Game Awards mempunyai 5 anugerah iaitu “Grand Award”, “Award for Excellence”, “Best Sales Award”, “Global Award Japanese Product” dan “Global Award Foreign Product”.

Pemilihan permainan adalah berdasarkan permainan yang dilancarkan di Jepun pada April 2020 sehingga Mac 2021, manakala untuk Global Award, bermula Jan 2020 sehingga Disember 2020.

Berikut adalah senarai permainan yang memenangi untuk setiap kategori;

  • Grand Award
    • Ghost of Tsushima
    • Monster Hunter Rise
  • Award for Excellence
    • Buddy Mission Bond
    • Final Fantasy VII Remake
    • Genshin Impact
    • Ghost of Tsushima
    • Momotaro Dentetsu: Showa, Heisei, Reiwa mo Teiban!
    • Monster Hunter Rise
    • Resident Evil 3
    • Sakuna: of Rice and Ruins
    • The Last of Us Part II
    • Umamusume: Pretty Derby
  • Best Sales Award – Momotaro Dentetsu: Showa, Heisei, Reiwa mo Teiban!
  • Global Award Japanese Product – Animal Crossing: New Horizons
  • Global Award Foreign Product – Call of Duty: Black Ops Cold War

Mereka juga telah mengumumkan yang Ghost of Tsushima menjadi permainan pertama yang dibangunkan oleh pembangun luar Jepun untuk memenangi Grand Award. Pada tahun lepas, Animal Crossing satu-satunya permainan yang memenangi anugerah tersebut. Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Sohor Kini