Ubisoft pada bulan ini telah melancarkan penawaran NFT mereka tersendiri, dinamakan Ubisoft Quartz. Pengumuman dan pengenalan NFT oleh Ubisoft sendiri menerima reaksi dan maklumbalas kurang baik daripada para peminat, selain kini dilihat ia juga tidak menerima permintaan tinggi seperti dijangka.

Melalui penawaran Ubisoft Quartz, mereka menggunakan rantaian-blok Tezos, dan telah menyenaraikan sekitar 2000 NFT untuk dibeli pengguna. Namun, ketika artikel ini ditulis, hanya sekitar 5 sahaja yang terjual.

Selain angka jualan yang rendah, nilai ia dijual juga adalah lebih rendah berbanding apa yang disenaraikan.

Ini sekaligus memperlihatkan para peminat permainan video masih tidak menyukai penawaran NFT keseluruhan pada permainan video mereka. Walaupun terdapat sejumlah permainan yang dibangunkan menggunakan teknologi rantaian-blok dan mempunyai peminat tersendiri, namun untuk permainan video pada konsol dan PC, ia dilihat mempunyai reaksi pemain yang berbeza.

Apatah lagi dengan harga jualan NFT sendiri dilihat agak tinggi, jikalau dilihat sebelum ini untuk penawaran dalam permainan yang lebih mesra pengguna. Disamping itu, para pemain juga sedia melabur pada transaksi mikro dalam permainan, dan mungkin merasakan NFT ini bukan suatu keperluan.

Selain Ubisoft, sebelum ini Discord juga dikritik ramai apabila dikatakan sedang melihat ke arena NFT – membuatkan pihak Discord menangguhkan perancangan memperkenalkan integrasi NFT. Selain Discord, Steam juga sebelum ini telah mengatakan tidak menerima terbitan permainan berasaskan rantaian-blok pada platform mereka.

Leave a Reply