Ubisoft Mula Terlibat Dengan NFT Melalui Pengenalan Ubisoft Quartz

Ubisoft sebelum ini telah memukau pelabur walaupun prestasi kewangan yang kurang baik dengan mengatakan yang mereka sedang mengkaji untuk menggunakan NFT di dalam permainan-permainan mereka. Hari ini, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi penglibatan mereka di dalam dunia NFT apabila mengumumkan Ubisoft Quartz.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui Ubisoft Quartz mereka memperkenalkan Digits sebagai NFT mereka. Digits adalah barangan yang boleh digunakan di dalam permainan tetapi pada masa sama, sebagai NFT, pemain juga boleh menjualnya kepada pemain lain termasuk juga tanpa melalui Ubisoft sendiri.

Bagi peringkat awal ini, Ubisoft akan menyertakan Digits dalam bentuk barangan kosmetik untuk permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint di platform PC. Pemain boleh dapatkan Digits ini apabila Ubisoft Quartz dilancarkan secara beta pada hujung minggu ini di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Brazil.

Ubisoft mengatakan ini adalah peringkat percubaan baharu dan akan melibatkan NFT dengan lebih pelbagai di masa hadapan. Lebih banyak Digits juga akan diberikan sepanjang tahun 2022.

Sohor Kini