R. M. Renfield adalah watak pembantu dalam novel Dracula karya Bram Stoker’s iaitu seorang pesakit mental. Renfield ada penyakit yang kerap mengalami delusi dan hanya boleh makan sesuatu yang hidup sehinggakan Dracula menggelar beliau Maniak zoophagous.

Universal Pictures baru-baru ini dilaporkan akan hadir dengan filem Renfield, dengan Nicholas Hoult memainkan watak utama – di samping Nicolas Cage sebagai watak Dracula. Filem ini akan memfokuskan kisah hidup Renfield dalam iterasi dunia moden.

Chris McKay antara individu di sebalik filem The Tomorrow War dan The Lego Batman Movie akan menjadi pengarah bersama dengan Ryan Ridley iaitu antara penulis Rick and Morty sebagai penulis skrip.

Filem ini adalah antara filem yang sepatutnya termasuk dalam dunia Dark Universe seperti filem The Mummy versi Tom Cruise, The Invicible Woman, filem raksasa Channing Tatum dan mungkin juga filem Jekyll and Hyde.

Sohor Kini