The Tomorrow War adalah antara filem yang saya nanti-nantikan, kerana apa-apa siri TV atau filem yang berkaitan dengan rentas-masa akan saya cuba tonton. Filem ini sedikit berbeza, kerana melibatkan askar dan orang awam berperang di masa hadapan.

Lebih dahsyat, filem ini diarahkan oleh Chris Pratt – pelakon Star Lord dalam filem MCU. Beliau juga adalah watak utama. Baru-baru ini, Amazon Prime Video hadir dengan video acah pertama bagi filem The Tomorrow War.

Seperti dikatakan tadi, sepasukan askar daripada masa hadapan iaitu tahun 2051 merentas ke masa silam iaitu masa sekarang bagi rekrut orang awam yang berani berperang. Orang awam terpilih akan merentas ke masa hadapan, membantu askar berperang dengan makhluk asing.

Berdasarkan video acah, filem ini dilihat mempunyai satu konsep yang menarik. Ia menggabungkan drama, konspirasi, misteri dan juga aksi. Cukup menarik untuk melihat masa hadapan adalah di tangan orang awam daripada masa silam – ia seakan memberi mesej yang kita sekarang patut bersedia untuk apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Tidak kira positif atau negatif, bersedia untuk tempuhi kedua-duanya.

Antara watak dan pelakon dalam filem ini adalah Dan Forester (Chris Pratt), saintis lakonan Yvonne Strahovski dan bapa saintis tadi lakonan J.K. Simmons. Filem ini akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 2 Julai 2021.

Sohor Kini