Filem arahan terbaru Christopher Landon adalah “Freaky”. Filem ini sedang ditayangkan di Amerika Syarikat yang mengisahkan seorang pelajar bertukar badan dengan seorang pembunuh. Ia adalah filem seram komedi, sama seperti filem arahan beliau sebelum ini Happy Death Day dan Happy Death Day 2U.

Christopher Landon memberitahu yang beliau berminat untuk menghasilkan filem olahan semula Jekyll and Hyde. Ia adalah adaptasi dari novel tahun 1886 berjudul Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson. Beliau gemar akan hasil karya Leigh Whannell yang menulis filem olahan semula The Invisible Man dan kelak Wolf Man.

Jika filem ini dihasilkan, ia mungkin akan disertakan dalam Dark Universe dari Universal Picture. Dark Universe buat masa ini mempunyai filem The Mummy, tetapi tidak diteruskan. Di dalam filem ini sudah pun ada Dr. Jekyll dan Mr. Hyde lakonan Russell Crowe. Tetapi sehingga hari ini tiada sebarang informasi berkenaan dengannya.

Jika filem ini akan dihasilkan, Jekyll and Hyde akan menyertai The Mummy, The Invisible Man, sekuelnya, Wolf Man, dan kelak Dracula. Adakah ia akan menjadi satu dunia filem-filem seram atau hanya filem tersendiri? Sama-sama kita nantikan.

Selain daripada itu, Christopher turut dilaporkan ingin teruskan sekuel Happy Death Day menjadikan ia sebagai satu francais filem trilogi. beliau bersedia untuk menulis skrip, para pelakon juga sudah berminat dan hanya menunggu Universal Studio memberi kata putus untuk dana sahaja.

Sumber: [1], [2]

Sohor Kini