Dark Universe adalah dunia filem seram, ngeri, raksasa dari Universal Picture. Tetapi selepas filem olahan semula versi moden The Mummy lakonan Tom Crusei gagal kerana kritikan dan juga masalah kewangan, dunia Dark Universe ini dibatalkan dan mereka memfokuskan kepada filem individual.

Kita sudah ada filem The Invisible Man yang berjaya, filem sekuel akan menyusul, filem Wolfman turut akan dibangunkan dan juga filem Dracula. Turut dilaporkan sebelum ini, filem Frankenstein dan Dr. Jekyll and Mr. Hyde. Terkini, Channing Tatum dikatakan akan hadir dengan filem raksasa juga, tetapi butiran masih dirahsiakan.

Channing Tatum akan bekerjasama dengan pasukan filem 21 Jump Street, iaitu Phil Lord dan Chris Miller. Channing Tatum akan berlakon dalam filem ini, di mana ia adalah raksasan klasik yang diadaptasi dalam filem di dunia versi moden. Filem ini akan diterbitkan oleh Channing Tatum sendiri, syarikat Lord Miller dan juga Free Association.

Sohor Kini