Magic: The Gathering – Nyah Kotak Set Boosters Innistrad: Crimson Vow

Magic: The Gathering telah menerima penambahan terbaru mereka yang meneruskan lagi kandungan dari dunia Innistrad iaitu Crimson Vow selepas Midnight Hunt dilancarkan pada bulan September lepas. Penambahan yang bertemakan majlis “perkahwinan” Vampire ini mempunyai 277 kad kesemuanya, yang juga memperlihat kembalinya Dracula dengan pelbagai rekaan berbeza. Ia juga merupakan penutup untuk Magic: The Gathering dengan tema seram dan Halloween.

Sebelum ini, Wizards of the Coast telah memberi peluang kepada kami untuk memperlihatkan salah satu kad yang akan tiba di dalam penambahan ini iaitu Scattered Thoughts, tambahan pada itu, mereka juga telah menghantar kami Set Booster untuknya. Ia adalah salah satu daripada pelbagai pilihan untuk pemain mendapatkan penambahan ini bersama dengan Collector Booster, Draft Boosters, Commander Decks dan juga berkas penuh.

Di dalam Set Booster ini ia mengandungi 30 pek Booster. Sebelum kita bercakap mengenai pek Booster, apabila membuka kotak Set Booster ini, perkara yang diperlihatkan adalah satu pek Topper yang mengandungi satu kad dari penambahan Crimson Vow tetapi dengan rekaan berbeza.

Bagi kotak kami, ia mempunyai kad Dr. John Seward iaitu kad berdasarkan kad Torens, Fist of the Angels.

Manakala di dalam setiap pek Booster pula, ia akan mempunyai 14 kad iaitu 12 kad Magic dan 2 kad Seni bersama dengan token atau iklan. Setiap pek dibahagikan kepada slot kad seperti berikut;

  • Slot 1: Kad Seni
  • Slot 2: Kad Land
  • Slot 3 – 8: Kad Common dan Uncommon yang berkait (jumlah di antara dua jenis ini adalah berbeza mengikut pek)
  • Slot 9: Kad Common atau Uncommon yang mempunyai rekaan yang unik
  • Slot 10 – 11: Mungkin mengandungi kad dari Common sehinggalah Mythic Rare
  • Slot 12: Kad Rare atau Mythic Rare
  • Slot 13: Kad jenis Foil (Common sehinggalah Mythic Rare)
  • Slot 14: Kad Token atau Kad Iklan

Fokus utama setiap pek ini sudah semestinya kad Magic, akan tetapi saya sangat menyukai kad seni yang disediakan bersama di dalams setiap pek kerana rekaan yang sangat menarik. Terutama tema yang digunakan untuk Crimson Vow. Kad-kad ini tidak mempunyai sebarang kegunaan di dalam sesi permainan akan tetapi ia adalah kad-kad yang cantik untuk dikumpul.

Oleh itu, secara langsungnya kualiti rekaan kad seni tersebut juga akan dibawa kepada rekaan untuk kad-kad Magic, tidak kira jenis kad apa, termasuk juga Land, ia dihasilkan dengan sangat baik. Setiap kali saya membuka pek, saya sekadar mengagumi setiap rekaan yang disertakan.

Agar dapat mencuba untuk menggunakan kad-kad ini, saya telah bermain dengan konsep “Draft” iaitu membuka 8 pek, dan menghasilkan dua dek daripada 88 kad magic daripada pek-pek tersebut. Saya boleh katakan untuk dek dengan 40 kad termasuk juga kad Land, ia sudah mempunyai kombinasi permainan yang menarik.

Antara mekanik yang saya cuba semasa bermain Draft ringkas ini adalah Cleave iaitu ia mempunyai satu kuasa yang ‘dihadkan’ akan tetapi boleh menggunakan Land yang lebih banyak untuk membuang had tersebut. Contohnya Fierce Retribution yang boleh menghancurkan mana-mana Creature, tetapi dihadkan kepada Creature yang menyerang sahaja untuk menggunakan 2 Land, akan tetapi dengan menggunakan 5 Land, ia boleh menghancurkan mana-mana kad. Ia adalah satu mekanik yang menarik, menjadikan satu kad yang baik untuk pada awal dan akhir permainan.

Selain itu, terdapat juga token baharu iaitu Blood Token, di mana dengan ‘sacrifice’ token ini dan membuang satu kad, pemain dapat draw satu kad dari pile. Ia sangat berguna untuk memastikan sesuatu kombo dapat dilakukan dengan cepat ataupun mencari kad yang diperlukan untuk menyekat serangan lawan.

Seterusnya adalah mekanik lama yang disertakan semula iaitu Exploit, apabila kad Exploit dimainkan, pemain boleh memilih untuk membunuh satu creature sendiri untuk melakukan sesuatu kuasa. Contohnya kad Rot-Tide Gargantua, jika exploit dilakukan, pemain lawan perlu membuang satu creature mereka.

Di atas adalah beberapa mekanik sahaja yang saya sempat cuba daripada pelbagai mekanik lain yang disediakan. Anda boleh membaca di pautan ini untuk membaca kesemua mekanik baharu yang disertakan. Anda juga boleh layari pautan ini untuk melihat kesemua kad yang hadir di dalam penambahan Crimson Vow ini.

Innistrad: Crimson Vow adalah satu lagi penambahan yang menarik untuk Magic: The Gathering, ia sudahpun tiba di Magic: The Gathering Arena iaitu versi digital untuk permainan ini, dan boleh mula didapatkan di pengedar rasmi bermula hari ini. Anda boleh lihat senarai pengedar rasmi untuk Magic: The Gathering di laman rasmi mereka.

Sohor Kini