Selepas Magic: The Gathering menerima penambahan Innistrad: Midnight Hunt sebelum ini yang membawa pemain kembali ke Innistrad, penambahan seterusnya akan terus kekal di sini melalui penambahan Innistrad: Crimson Vow. Ia akan tiba 12 November untuk MTG Arena dan 19 November untuk versi fizikal di pengedar-pengedar rasmi.

Jika Midnight Hunt memfokuskan kepada watak Werewolves, manakala Crimson Vow pula memfokuskan kepada watak Vampire sebagai fokus utama. Anda boleh melihat beberapa kad untuk penambahan ini melalui pautan ini, dan lebih banyak akan diperlihatkan dari semasa ke semasa.

Tambahan kepada itu, Wizards of the Coast juga telah memberi kami peluang kepada kami untuk memperlihatkan satu kad iaitu Scattered Thoughts, ia merupakan kad Spell berkelas Instant. Menggunakan kad ini, pemain boleh melihat 4 kad di dalam library dan boleh memilih 2 kad untuk diletakkan di tangan dan 2 kad lagi ke graveyard.

Dengan kelas Instant kad ini sangat berguna untuk digunakan dengan segera apabila memerlukan sesuatu untuk menghalang gerakan dari lawan ataupun melakukan serangan tambahan pada bila-bila masa sahaja.

Anda boleh lihat rekaan kad di bawah.

Magic: The Gathering Arena iaitu versi digital untuk permainan kad popular ini sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android.

Sohor Kini