Riot Games telah melancarkan mod baharu untuk permainan kad digital Legends of Runeterra iaitu The Path of Champions. Ia adalah mod pengembaraan PvE yang membolehkan pemain untuk memilih pelbagai watak dan melalui pelbagai cabaran menggunakan dek yang sudah tersedia.
Bersempena dengan siaran siri animasi Arcane, mod ini juga menerima pengembaraan khas yang memfokuskan kepada watak Jinx dan kawasan di Piltover dan juga Zaun yang menjadi latar utama bagi siri tersebut.
Baca: Ulasan Arcane Bahagian 1 – Berpotensi Menjadi Siri Animasi Terbaik Di Netflix
Selain itu, kemaskini baharu juga akan menyertakan champion baharu iaitu Jayce iaitu antara yang terawal mengkaji kuasa Hextech. Bersama dengannya, beberapa kad baharu juga disertakan yang anda boleh lihat di pautan ini.
Bermula pada 10 November sehingga 8 Disember, Mega Event Pass juga disediakan untuk memberi peluang kepada pemain mendapatkan sehingga 35 ganjaran dengan bermain dan menyelesaikan pelbagai misi.
Legends of Runeterra sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android, anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Legends of Runeterra – Jawapan Riot Games Untuk Hearthstone.