Disney dan Apple Arcade telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan satu lagi permainan berdasarkan LEGO Star Wars iaitu LEGO Star Wars Castaway, menyertai LEGO Star Wars Battles yang sudah dikeluarkan sebelum ini.

LEGO Star Wars Castaway adalah permainan pengembaraan multipemain di mana pemain boleh mencipta watak sendiri yang dipanggil sebagai ‘castaway’, pemain boleh bermain bersama dengan pemain lain secara dalam talian untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Ia akan dilancarkan pada 19 November ini, manakala semalam NBA 2K22 Arcade Edition telah pun dilancarkan dan boleh didapati bagi pelanggan Apple Arcade.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini