Apple Arcade pada Jumaat lepas telah melancarkan dua permainan iaitu Castlevania: Grimoire of Souls dan Temple Run: Puzzle Adventure, dan minggu ini mereka telah mengumumkan yang LEGO Star Wars Battles pula akan dilancarkan pada 24 September ini.

LEGO Star Wars Battles adalah permainan 1v1 di mana pemain boleh membentuk pasukan menggunakan pelbagai watak dari siri Star Wars. Ia mempunyai bentuk permainan seakan Clash Royale. Oleh kerana ia adalah permainan Apple Arcade, tiada pembelian di dalam aplikasi yang akan disertakan.

Ia dibangunkan oleh TT Games Brighton dan Warner Bros Games.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini