Semalam Disney+ umum akan membawa lebih banyak kandungan Asia Pasifik, termasuk juga musim baharu Ejen Ali, iaitu musim ketiga mereka selepas sekian lama menanti kesinambungan bagi siri animasi ini. Menjadikan kandungan Ejen Ali seterusnya hadir secara eksklusif di platform ini selepas pengumuman filem kedua mereka juga akan disiarkan di platform sama.
Terkini, pengarah dan pencipta dunia filem ini Joko Anwar mengesahkan yang wirawati Tira akan diadaptasi sebagai siri TV untuk Disney+. Menjadikannya sebagai siri TV pertama BCU.
Tira adalah seorang mahasiswi bernama Susie mempunyai skil yang hebat atas mempertahankan diri. Beliau juga pakar dalam teknologi dan memiliki satu sut dengan teknologi yang hebat dan telah berazam untuk melawan kejahatan. Suatu hari, kejadian Pintu 9 Naga telah berlaku dan sejak itu Susie telah didampingi roh Setan 9 Naga. Akan tetapi dengan bermeditasi, Susie boleh menyeru roh 9 Naga tadi untuk menggunakan kuasanya.
Baca: Bumilangit Cinematic Universe Adalah Pesaing Kepada MCU Dan DCEU Dari Indonesia

Dua tahun lepas, Bumilangit iaitu syarikat di sebalik pelbagai komik-komik adiwira berasal dari Indonesia mengumumkan dunia filem mereka tersendiri Bumilangit Cinematic Universe atau BCU. Filem pertama adalah Gundala yang sudah pun ditayangkan sebelum ini dan mereka ada perancangan untuk lebih banyak filem lagi.


