Filem sulung Ejen Ali iaitu merupakan filem animasi tempatan yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun lepas dengan kutipan melebihi RM30 juta. Ia akan menerima filem susulan di mana pada akhir tahun lepas, Wau Animation telah mengumumkan yang skrip untuk filem kedua sudah dihasilkan.

Hari ini, selain mengumumkan yang perkhidmatan Disney+ akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, Disney juga telah mengumumkan perjanjian eksklusif dengan beberapa syarikat penerbitan tempatan termasuk juga Wau Animation. Melalui perjanjian ini, filem Ejen Ali the Movie 2 akan disiarkan di Disney+ secara eksklusif selepas tayangan filem tersebut di pawagam. Buat masa ini, ia masih tidak menerima sebarang tarikh siaran.

Selain Wau Animation, mereka juga mengumumkan produksi lain seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan pelbagai lagi yang melibatkan filem seperti J2: J Retribusi, Zombitopia dan Ada Hantu.

Disney+ akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun dengan harga langganan RM54.90 untuk tiga bulan, ia juga akan ditawarkan untuk pelanggan Astro.

Sohor Kini