Filem Black Widow baru sahaja ditayangkan di Malaysia selepas sekian lama menanti. Tetapi bagi anda yang masih belum menerima vaksin penuh, atau masih takut untuk ke pawagam – usah risau kerana filem ini sudah boleh distrim di Disney+ Hotstar di Malaysia.

Seperti yang Disney janjikan, 6 Oktober iaitu hari ini adalah hari anda boleh tonton filem solo Natasha Romanoff/Black Widow (Scarlett Johansson) bersama adik beliau Yelena Belova (Florence Pugh) di platform penstriman mereka. Filem ini adalah asal-usul kepada Black Widow yang turut mendedahkan kisah di sebalik tragedi di Budapest bersama Hawkeye.

Selain itu, filem ini turut mendedahkan bagaimana beliau menjadi Black Widow serta memperlihatkan keluarga beliau seperti Melina dan Red Guardian. Musuh utama dalam filem ini adalah Taskmaster dan Dreykov. Filem ini padat dengan drama keluarga serta aksi menarik. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan di bawah, atau jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai watak Yelena anda boleh baca temuramah kami bersama dengan beliau.

Baca: Ulasan Black Widow – Kisah Silam Yang Dinanti-Nantikan

[info] Baca: Yelena Belova Pengganti Black Widow? | Temuramah Bersama Florence Pugh

Sohor Kini