Black Widow Akan Tiba Ke Disney+ Hotstar 6 Oktober Ini

Filem Black Widow walaupun adalah kisah solo watak ini dan merupakan imbau kembali kepada perjalanan hidup beliau, ia masih dikira sebagai filem MCU fasa keempat. Ini kerana ia adalah permulaan untuk lebih banyak siri TV dan filem Disney/Marvel Studio di masa akan datang.

Baca: Yelena Belova Pengganti Black Widow? | Temuramah Bersama Florence Pugh

Filem ini selain menceritakan asal-usul Natasha Romanoff/Black Widow, ia turut menceritakan kisah adik beliau Yelena Belova. Walaupun filem ini baru sahaja ditayangkan di Malaysia 23 September lalu, di negara lain ia sudah menghampiri tiga bulan – iaitu tempoh yang cukup untuk tiba ke Disney+ tanpa sebarang bayaran tambahan.

Baca: Ulasan Black Widow – Kisah Silam Yang Dinanti-Nantikan

Disney+ Hotstar Malaysia hari ini mengesahkan yang filem ini akan disiarkan di platform penstriman ini pada 6 Oktober kelak. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menontonnya di pawagam, jika anda melanggan platform ini anda kelak boleh tontonnya di rumah bersama seisi keluarga.

Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole

Sohor Kini