Apple merupakan syarikat teknologi, walaupun mereka hadir dengan perkhidmatan seperti Apple Arcade akan tetapi mereka bukanlah syarikat permainan video, namun ini tidak menghalang daripada menjadi antara syarikat yang menjana pendapatan tertinggi daripada industri tersebut.

Berdasarkan laporan oleh The Wall Street Journal, Apple telah mendapat keuntungan operasi sebanyak $8.5 bilion (~RM35 bilion) daripada permainan video untuk tahun 2019. Tambah laporan tersebut, jumlah tersebut adalah mengatasi keuntungan campuran untuk Microsoft, Nintendo dan juga Sony.

The Wall Street Journal tidak berkongsi jumlah keuntungan untuk tiga syarikat tersebut, akan tetapi berdasarkan perkongsian oleh Benji-Sales berdasarkan dokumen daripada pergaduhan di antara Epic Games dan Apple, bagi perniagaan permainan video, Microsoft menjana keuntungan $2 bilion, Nintendo menjana keuntungan $2.3 bilion dan Sony menjana keuntungan $4.1 bilion.

Melalui sistem tertutup yang digunakan oleh Apple melalui iOS, tidak mengejutkan yang mereka menjana pendapatan sebanyak ini, ini ditambah lagi pendapatan permainan mudah alih sentiasa mengatasi platform-platform lain.

Baca: Mengapa Epic Games Yang Kalah Di Dalam Pergaduhan Dengan Apple

Sohor Kini