Salam petang kepada pembaca sekalian. Sudah makan? Adakah sihat walafiat? Alhamdulillah bersyukur kita pada hari ini kerana anda dapat kembali kepada artikel ulasan filem di Aksiz. Sejak kebelakangan ini kami hanya mengulas kandungan dari luar. Shang Shi, Tolong Permainan Aku Encik Sotong dan Black Widow. Ramai yang bertanya kenapa kami tidak meluangkan masa untuk mengulas kandungan tempatan yang sebenarnya ditawarkan dalam jumlah yang banyak di pelbagai platform penstriman. Kami mendengar keluhan anda dan hari ini kami ingin mengulas filem Frontliner yang ditawarkan di Netflix bermula hari ini.
Frontliner dari tajuknya menceritakan kehidupan anggota berisan hadapan yang menjadi benteng pertama Malaysia menentang wabak Covid-19 yang setakat ini telah meragut 23,000 nyawa dan menjangkiti jutaan yang lain. Filem ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid dan diterbitkan oleh D’Alpha Legacy. Angkat tangan sekiranya anda mengenali nama pengarah dan juga syarikat yang menerbitkan filem ini.
Kami akui tidak mengenali beliau dan selepas melakukan carian Google mendapati Ajiboy sebelum mengarah filem Aji Noh Motor dan Kelaster– dua filem yang setahu kami tidak pernah menerima pujian, dilimpahi pelbagai anugerah dan diberi pelekat mesti tonton oleh pengulas-pengulas filem Malaysia.
Tetapi ketiadaan track record yang baik tidak bermakna filem terbaru juga akan sampah. Craig Mazin yang menerima pujian kerana siri Chernobyl dan kini menjadi penulis siri The Last of Us. Sebelum itu beliau adalah penulis filem Rocketman dan Senseless yang mempunyai skor purata 12.5% di RottenTomatoes. Jadi kami akan adil kepada Ajiboy dan mengulas Frontliner tanpa prejudis.
Filem dimulakan dengan babak beberapa pekerja Frontliner memakai PPE bergelimpangan di tangga kerana kepenatan. Semuanya bergerak secara gerak perlahan ditemani lagu latar yang bernada sedih. Dari saat pertama lagi tona filem Frontliner boleh diagak. Ia akan dipenuhi cerita penuh kesedihan, kesengsaraan, tragedi dan mencabar dihadapi oleh pekerja barisan hadapan.
Cara penceritaan Frontliner adalah tidak linear dengan penonton mengikuti kehidupan seorang doktor barisan hadapan, seorang polis berpangkat inspektor, dan seorang lagi polis berpangkat kapten. Anda perasan kami tidak menggunakan nama kerana dalam 10 minit pertama nama watak tidak disebut. Sebaliknya 10 minit pertama dimampatkan dengan montaj klise yang terdiri daripada.
Pembikin filem seperti mempunyai kad BINGO perkara-perkara yang berlaku sepanjang pandemik 2020 yang perlu dimasukkan ke dalam filem untuk mengisi masa terluang antara jalan cerita utama yang anemik.
Anemik kerana semua watak utama yang namanya hanya diketahui selepas 20 minit tidak diberikan pengolajan yang baik. Kerana cerita melompat-lompat di antara tiga jalan cerita utama, filem ini terasa amat disjointed sehingga tidak cukup masa diberikan untuk character development. Watak-watak utama Frontliner menjadi sekadar karikatur klise. Ibu mengandung yang ditinggalkan suami yang bertugas demi negara. Ibu tua di kampung ditinggalkan anak yang bertugas demi negara. Ibu muda dengan anak remaja yang tertekan tiada sumber pencarian dengan suami tercinta yang bertugas demi negara.
“DEMI NEGARA” jelas menjadi tema utama filem ini dan bukannya pekerja barisan hadapab. Setiap 5 minit penonton ditarbiah bahawa kita mesti menang menentang Covid-19 demi negara. Remaja bosan kelas atas talian? Adik-Adik perlu besabar demi negara! Pekerja hospital yang penat harus ingat mereka tak balik rumah dengan wajah luka akibat pemakaian PPE? Jangan mengalah ingatlah ikrar perubatan demi negara!
Filem juga mempunyai masalah tidak konsisten dan continuity yang barai. Babak pertama Doktor Azhan (lakonan Azhan Rani) ditunjukkan dengan muka luka akibat memakai PPE sepanjang hari. Dalam babak seterusnya di pagi hari esoknya sebelum kembali bertugas, muka kembali normal. Inspektor Zul (Lakonan Beto Kushairy) tidur luar rumah bagi mengelakkan ahli keluarga menerima jangkitan tetapi boleh pula berborak dengan isteri menerusi gril pagar dari jarak 1 meter tanpa memakai pelitup muka. WHY?
Lebih kelakar dalam dunia Frontliner tidak ada Polis Diraja Malaysia. Yang ada ialah Anggota Keselamatan Negara (AKN) yang uniformnya mirip pengawal keselamatan pusat membeli belah. Inspektor Zul berpangkat lebih tinggi dari Kapten Nasir (lakonan Achey) tetapi uniform mereka sama. Tiada pangkat pada bahu atau lambang AKN di dada. Teori aku ialah PDRM terlalu sibuk dengan pandemik mereka tidak boleh meminjamkan kenderaan dan anggota kepada produksi untuk menjadikan filem lebih realistik.
Selepas 44 minit menonton kami mula merasa seperti sedang ditarbiah oleh Ismail Sabri, DG Hisham, Dr Adham Baba, dan Mahiaddin Yassin tetapi menggunakan menerusi proksi mereka iaitu tiga watak utama filem – doktor barisan hadapan, Inspektor polis 1 dan kapten polis.
Sepanjang filem ini rakyat biasa dari anak di rumah hinggalah emak di kampung ditunjukkan sebagai asshole yang tidak munasabah yang enggan memahami pengorbanan anggota barisan hadapan. Di awal artikel aku mengatakan filem ini dimulakan dengan montaj klise. Aneh sekali ada satu klise yang berlaku semasa pandemik yang tidak dipaparkan langsung iaitu golongan VIP dan ahli politik tidak mengikuti SOP. Tak ada anak kasta pemerintah menggunakan surat polis naik kereta berdua. Tak ada juga babak Menteri menjadi superspreader kerana enggan mematuhi SOP tetapi langsung tak kena tindakan. Paling sadis orang awam kena saman tanpa belas kasihan juga tak wujud. Mungkin terlalu real dan tidak selari dengan mesej bahawa semua rakyat adalah asshole yang cuba disampaikan.
Kami yakin sub-plot ini wujud kerana Ashraf Muslim muncul dalam cameo sepanjang 30 saat ditunjukkan menghantar bekalan makanan. Ketika end credit watak beliau ialah Ustaz Ashraff. Adalah tidak masuk akal Ashraf Muslim hanya diberikan cameo 30 saat sedangkan di kredit dia diberikan full credit dengan nama watak. Ada beberapa lagi watak yang muncul di end credit tetapi wataknya tidak muncul langsung dalam final cut. Kenapa?
Adakah kerana watak ustaz terlalu hampir dengan watak seorang ustaz popular (rhymes with Ribbit Siew) yang memberikan bantuan ketika badan kerajaan lambat melakukan tindakan? Takut kena saman atau babak terpaksa dipotong memandangkan filem ini menerima bantuan dari KKM, dan FINAS?
Kesemua “creative decision” yang diambil oleh Ajiboy setakat ini menyebabkan filem mempunyai flow dan pacing yang teruk. Ia kemudiannya menjadi semakin parah apabila turut diberikan suntikan klise drama Melayu 80an iaitu:
Ada banyak lagi lazy plot device dan narrative tool yang digunakan Ajiboy tetapi jika disenaraikan artikel ini akan mencecah ribuan patah perkataan dan ain’t nobody got time to read all that crap.
Filem Frontliners ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah meletakkan diri mereka dalam bahaya sejak Januari 2020. Malang sekali filem ini hanya berjaya memaparkan mereka sebagai karikatur yang satu dimensi. Entah bagaimana filem ini boleh diterima oleh Netflix untuk ditayangkan sebagai wakil Malaysia di peringkat global (dan dah uji pakai VPN filem ini boleh diakses di UK dan USA). Frontliner sebagai filem adalah memalukan dan ini bukanlah cara untuk berterima kasih kepada petugas barisan hadapan.
Frontliner boleh ditonton menerusi Netflix sekarang.