HBO, Sony Pictures Television dan PlayStation Productions hari ini mengumumkan yang siri TV berdasarkan permainan The Last of Us akan diterbitkan oleh mereka.

Ia akan menggandingkan Craig Mazin iaitu pencipta siri Chernobyl dan Neil Druckmann pengarah bagi permainan tersebut.

Menariknya, ia bukanlah satu siri sampingan, sebaliknya ia adalah adaptasi terus daripada permainan iaitu mengenai Joel yang diupah untuk menyeludup Ellie ke tempat kumpulan Fireflies. Ia juga mungkin akan menyentuh kejadian daripada permainan kedua The Last of Us Part II yang akan dikeluarkan pada 29 Mei.

Siri ini masih di peringkat awal, dan masih tiada pengesahan mengenai senarai pelakon dan juga sasaran tarikh ia akan dikeluarkan. Berdasarkan laporan IGN, siri TV ini akan menggantikan filem berdasarkan permainan ini yang dirancang sebelum ini.

Sohor Kini