Menjadikan Apple TV+ semakin menarik adalah apabila Apple bekerjasama dengan Skydance untuk siri dan filem animasi Apple Original seperti Luck dan Spellbound. Apple juga ada menawarkan filem animasi pendek seperti Blush yang diacah sejak April lalu.

Terkini, treler filem ini telah dipertontonkan. Animasi ini mengisahkan seorang angkasawan hortikultur yang melakukan pendaratan kecemasan di sebuah planet kerdil. Angkasawan ini bertemu dengan makhluk planet ini dan bersama-sama membina kehidupan dan menyedari keindahan planet ini.

Berdasarkan treler, ia dilihat mempunyai animasi yang cantik dan pergerakan yang menarik. Sinematografi juga dilihat cukup hebat dan sememangnya filem ini patut hadir dengan versi penuh.

Ia ditulis dan diarahkan oleh Joe Mateo, iaitu individu yang terlibat dengan filem animasi Big Hero 6. Bersama-sama dengan beliau adalah Heather Schmidt Feng Yanu yang pernah mengendalikan Toy Story dan francais animasi Cars. Sudah semestinya penerbit eksekutif adalah John Lasseter seorang yang berbakat yang menjayakan banyak filem animasi menarik.

Filem animasi pendek ini akan disiarkan pad 1 Oktober 2021 di Apple TV+.

Sohor Kini