Disember tahun lepas kami melaporkan yang Apple telah membeli hak penyiaran filem animasi Luck dan Spellbound. Kedua-dua filem ini dihasiolkan oleh Skyudance Animation yang diketuain oleh John Lasseter, iaitu individu yang bertanggungjawab untuk filem animasi Toy Story 4, The Little Mermaid, Beauty and the Beast, The Nightmare Before Christmas, The Lion King, Ratatouille dan WALL-E.
Terkini, sinopsis dan imej awal bnagi kedua-dua filem ini telah dikongsi.
![](https://aksiz.com/wp-content/uploads/2021/02/Luck-Filem-Animasi-Skydance-Animation-Apple-TV-Plus.jpg)
Luck adalah animasi mengenai seorang gadis yang paling bernasib malang di dunia. Beliau kemudian menemui satu dunia ajaib, di mana nasib baik dan nasib malang bersama-sama dengan makhluk yang penuh magis mendedahkan kuasa yang lebih hebat dari nasib baik. Filem ini diarahkan oleh Peggy Holmes dan ditulis oleh Kiel Murray.
![](https://aksiz.com/wp-content/uploads/2021/02/Spellbound-Filem-Animasi-Skydance-Animation-Apple-TV-Plus.jpg)
Spellbound pula mengisahkan seorang gadis yang mencari jalan untuk memecahkan mantera yang telah memecahbelahkan diraja beliau kepada dua pihak. Filem ini adalah filem animasi muzikal, yang mana diarahkan oleh Vicky Jenson, skrip oleh Lauren Hynek, Elizabeth Martin, dan Linda Wollverton. Komposer muzik dalam filem ini adalah Alan Menken dan lirik ditulis oleh Glenn Slater. Penerbit Eksekutif bagi filem ini pula adalah Chris Montan.
Pada awalnya filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2022 oleh Paramount Pictures. Kini, Apple telah mempunyai hak – masih tidak diketahui lagi tarikh siaran baharu untuk distrim di Apple TV+. Sebentar tadi, kami turut melaporkan yang Apple telah menandatangani perjanjian dengan Skydance Animation untuk projek siri animasi dan filem animasi Apple TV+ Originals.