Tahun lepas kami melaporkan yang Apple telah memilih dua filem animasi dari John Lasseter untuk siaran eksklusif di Apple TV+. Dua filem animasi ini adalah Luck dan Spellbound, di mana kedua-duanya turut melibatkan Paramount Pictures. John Lasseter adalah Ketua Animasi di Skydance Animation, iaitu syarikat di bawah Skydance Media.

Terkini, Apple dilaporkan telah menandatangani perjanjian dengan Skydance Animation untuk mereka hasilkan siri animasi dan filem animasi asli Apple TV+. Projek pertama yang mereka umumkan adalah siri animasi dengan dua musim – The Search for WondLA. Ia adalah berdasarkan buku Tony DiTerlizzi, skrip dan penerbit eksekutif adalah Lauren Montgomery, with Chad Quant, DiTerlizzi dan Gotham Group.

Buat masa ini pelakon suara, projek lain, judul siri atau filem animasi lain masih belum didedahkan. Nampaknya, selepas ini setiap platform penstriman video akan berperang – siapa yang menawarkan kandungan mesra kanak-kanak terbaik.

Sohor Kini