Netflix telah mengumumkan yang musim keempat untuk siri popular mereka Stranger Things akan disiarkan pada tahun 2022, buat masa ini tarikh tetap tidak diumumkan.
Namun, dengan sebelum ini ia dijangka akan tiba pada akhir tahun ini, kita boleh jangkakan yang ia akan tiba pada awal tahun hadapan, sama ada suku pertama ataupun kedua.
Buat masa ini, Stranger Things Musim Keempat telah menerima beberapa treler acah, di mana yang pertama memperlihatkan Jim Hopper sedang berada di satu kawasan di Rusia, manakala treler acah kedua memfokuskan kepada kisah silam untuk Eleven.
The Duffer Brothers iaitu pencipta Stranger Things sebelum ini juga telah mengesahkan yang musim keempat ini bukanlah musim terakhir, melainkan Netflix membatalkannya, ia akan terus menerima sekurang-kurangnya satu musim lagi.


