Filem Black Widow Kekal Ditayangkan Pada 23 September Ini

Filem Black Widow adalah filem MCU fasa keempat pertama yang ditayangkan pada tahun ini. Namun begitu, disebabkan pandemik ia tidak dapat ditayangkan di Malaysia dan kerap ditunda.

Dengan pengumuman pawagam akan dibuka semula, panggung wayang seperti GSC dan TGV sedang bersiap sedia untuk menyajikan pelbagai filem menarik kepada umum – termasuk Black Widow. Disney hari ini telah mengesahkan yang Black Widow akan ditayangkan pada 23 September ini.

Walaupun tarikh siaran ke Disney+ secara percuma sudah hampir dekat, pengalaman menonton di panggung adalah berbeza. Sama-sama kita saksikan filem ini di pawagam akan datang.

Nantikan juga ulasan kami, untuk itu teruskan ikuti kami di Aksiz.

Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole

Sohor Kini