Skip to main content

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melalui pengumuman terbaru yang dilakukan hari ini telah memberi kelonggaran untuk beberapa aktiviti industri kreatif dilakukan, termasuk juga untuk industri pawagam.

Menurut pengumuman tersebut, pawagam kini boleh dibuka bermula pada 9 September 2021 dengan kapasiti 50% dan pengunjun wajib telah lengkap vaksin.

Selain itu, turut dibolehkan adalah pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung, penggambaran industri kreatif di dalam dan di luar studio dan aktiviti persembahan langsung seperti teater, muzikal, komedi tetapi mesti secara pra-daftar dengan kapasiti 30% kepada pengunjung yang lengkap vaksin.

Perdana Menteri juga mengatakan yang industri kreatif menyumbang sebanyak 2% atau RM29 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasa (KDNK) pada tahun 2019, dengan kelonggaran ini beliau berharap dapat menghidupkan industri kreatif negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Leave a Reply