Pelanggan Disney+ sudah dapat menikmati filem Black Widow dengan akses melalui Premeire Access pada harga sekitar RM150 sejak 9 Julai lalu. Disney+ Hotstar di Malaysia pula tidak menawarkan sebarang akses awal untuk filem ini. Di pawagam pula, tarikh tayangan telah ditunda sekali lagi, kini pada 12 Ogos pula.

Black Widow akan tiba secara percuma di Disney+ dan Disney+ Hotstar pada 6 Oktober akan datang. Tetapi baru-baru ini Disney+ Hotstar VIP di India mengacah yang filem Black Widow mungkin akan tiba dalam masa terdekat.

Beberapa hari lepas pula, laman berita LetsOTT Global menciap filem Black Widow akan melangkaui pawagam di India, Malaysia, Thailand, Philippines, Indonesia dan Vietnam. Sebaliknya Black Widow akan boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Masih tidak pasti jika Disney+ Hotstar Malaysia akan menerima pelan VIP, atau akan membawa masuk Premiere Access atau kita perlu tunggu sehingga 6 Oktober akan datang. Mana tahu kalau kita ada rezeki, Disney ingin kongsi kutipan Black Widow yang tinggi bukan sahaja di panggung ketika Covid-19 – tetapi juga di Disney+, Disney belanja strim awal?. Sama-sama kita nantikan.

Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole

Sohor Kini