Netflix Malaysia telah mengumumkan koleksi “Rekaan Rakyat” di mana mereka akan membawa pelbagai filem dan siri TV klasik tempatan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini.

Antara kandungan yang akan disertakan adalah Leftenan Adnan seperti yang kami kongsikan sebelum dan sudah boleh ditonton di Netflix. Seterusnya adalah Talentime iaitu filem terakhir oleh pengarah Yasmin Ahmad, ia juga sudah tiba di Netflix.

Jika sebelum ini kami sudah kongsi yang Senario XX dan Lagi-Lagi Senario akan tiba di Netflix pada 14 September, mereka juga mengumumkan Senario The Movie juga akan tiba pada tarikh yang sama.

Akhir sekali Netflix juga akan membawa dua sitkom popular di Malaysia iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Spanar Jaya. ‘Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ akan tiba pada 30 Oktober. Manakala Best of Spanar Jaya akan tiba pada 15 September dan Spanar Jaya X pada 30 September 2021.

Selain daripada lima kandungan ini, Netflix juga mengatakan akan menyertakan pelbagai lagi kandungan tempatan dan boleh dilihat melalui koleksi “Rekaan Rakyat” yang akan mula disertakan pada 10 September ini.

Sohor Kini