Kepada peminat siri filem Senario, dua lagi filem dari kumpulan komedi legenda ini akan ke Netflix pada bulan September. Senario XXX dan Lagi Lagi Senario akan ditayangkan bermula 14 September. Jadi jika anda ingin menontonnya jangan lupa mencari tapak pada tarikh tersebut.

Turut akan ke platform ialah filem Nana Tanjong 2 dan Seri Dewi Malam pada 9 September manakala Sepi pula bermula pada 10 September. Jumlah kandungan tempatan baharu bulan ini adalah lebih tinggi mungkin bertindan dengan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Selain kesemua filem di atas, filem Leftenan Adnan sudah boleh ditonton sekarang bagi mereka yang inginkan filem peperangan yang lebih baik berbanding sampah SAS : Rise of The Black Swan.

Sohor Kini