Leftenan Adnan iaitu filem sejarah yang diarah oleh Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd merupakan antara filem terbaik bagi genre ini. Ia dikeluarkan pada tahun 2000 dan pada tahun lepas ia telah menerima versi resolusi penuh (HD)
Filem lakonan Hairie Othman, umie Aida, Farid Amirul dan Rusdi Ramli ini tampaknya akan disiarkan di Netflix pada 27 Ogos 2021 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 pada 31 Ogos ini.
Berdasarkan penyenaraian di Netflix, ia adalah versi resolusi tinggi ataupun HD yang sebelum ini ditawarkan melalui Astro First.