Apple Arcade telah mengumumkan tiga permainan akan menyertai perkhidmatan tersebut pada 3 September ini, ia adalah Zen Pinball Party dan MasterChef: Let’s Cook! sebagai permainan Arcade Originals dan Layton’s Mystery Journey untuk App Store Greats.

Zen Pinball Party adalah permainan pinball oleh Zen Studios, ia menawarkan rekaan mesin pinball berdasarkan pelbagai IP popular daripada DreamWorks Animation dan juga Hasbro. Pemain boleh bermain bersama rakan untuk mendapatkan markah tertinggi.

MasterChef: Let’s Cook! pula adalah permainan oleh Tilting Point yang akan memerlukan pemain untuk menyediakan pelbagai hidangan dengan pelbagai permainan mini. Masakan tersebut akan disajikan kepada juri-juri untuk dinilai. Pelbagai acara di dalam permainan juga akan disertakan dari semasa ke semasa.

Layton’s Mystery Journey adalah permainan oleh Level-5 yang telah dikeluarkan sejak tahun 2017 lagi. Ia adalah permainan tekaria dengan pelbagai cabaran mengikuti watak Katrielle Layton di dalam usaha dia untuk mencari ayahnya Professor Hershel Layton.

Selain itu, Apple Arcade juga mengumumkan yang Lego Star Wars Battles yang dibangunkan oleh TT Games Britghton bersama dengan Warner Bros Games akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai permainan Arcade Originals.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini