Bersama dengan pengumuman pelancaran untuk Detonation Racing, Apple Arcade juga telah mengumumkan yang Asphalt 8: Airborne akan disertakan di dalam Apple Arcade, dan hari ini mereka mengumumkan ia akan tiba pada 27 Ogos ini.

Seperti mana permainan-permainan Apple Arcade yang lain, Asphalt 8: Airborne tidak akan mempunyai sebarang pembelian di dalam aplikasi dan pemain boleh mengakses kesemua 240 kenderaan di dalamnya. Ia juga akan menyertakan lebih 50 litar, bersama dengan 400 acara karier dan 1500 cabaran car mastery.

Seperti diumumkan sebelum ini, Apple Arcade juga akan menerima satu permainan Arcade Originals iaitu Baldo: The Guardian Owls. Ia adalah permainan pengembaraan yang memerlukan pemain untuk melalui pelbagai kawasan dan menyelesaikan tekaria.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini