Castlevania: Grimoire of Souls Dihidupkan Semula Untuk Apple Arcade

Castlevania: Grimoire of Souls merupakan permainan mudah alih yang dikeluarkan oleh Konami pada tahun 2019, ia adalah permainan percuma yang menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Selepas sesi percubaan, Konami mengumumkan yang permainan tersebut tidak akan dilancarkan secara meluas dan ia ditutup kerana tidak menerima sambutan yang mengalakkan.

Namun, Konami tampaknya akan menghidupkan semula Castlevania: Grimoire of Souls dan telah diumumkan yang ia akan tiba di dalam Apple Arcade tidak lama lagi. Dengan menyertai Apple Arcade, kesemua pembelian di dalam aplikasi akan dibuang.

Di dalam permainan ini, pemain boleh menjadi pelbagai watak daripada siri Castlevania seperti Simon Belmont, Maria Renard, Charlotte Aulin dan Shanoa. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini