Netflix mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai lebih 208 juta pelanggan berbayar, setakat dilaporkan April lalu. Tetapi pesaing Disney+ yang baru setahun lebih sudah mencapai lebih 100 juta, iaitu 50% berbanding mereka. Disney juga menyasarkan ingin mencapai lebih 200 juta pelanggan menjelang 2025.

Terkini, pelanggan berbayar Disney+ dilaporkan telah mempunyai tambahan 12.4 juta, menjadikan jumlah keseluruhan mencapai lebih 116 juta setakat 3 Julai lalu. Peningkatan ini turut disumbang oleh pelanggan Disney+ Hotstar di India, Malaysia dan Thailand, yang mana 40% daripada 116 juta tadi adalah daripada platform khusus untuk Asia ini.

Peningkatan ini juga turut menjadi semakin hebat ketika filem Black Widow disiarkan serentak dengan pawagam. Melalui Premiere Access sahaja pada minggu pertama mereka mengutip RM250 juta.

Sohor Kini