Black Widow akhirnya ditayangkan kepada umum minggu lepas. Negara yang sudah membuka panggung wayang, Black Widow adalah antara filem terhangat ditonton orang ramai. Ini kerana sudah dua tahun kita tiada filem MCU dan hanya disajikan dengan tiga siri TV Disney+.

Black Widow adalah filem asal-usul watak Black Widow itu sendiri atau nama sebenar Natasha Romanoff. Filem ini berlaku di antara Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War, mendedahkan kisah silam Natasha, memperlihatkan watak Taskmaster, memperkenalka keluarga beliau dan mendedahkan peristiwa Budapest yang sering disebut oleh beliau dan Hawkeye dalam filem MCU lepas. Filem ini berjaya mengutip $158,000,000 iaitu sekitar RM662,257,000.

Itu adalah kutipan keseluruhan di dunia setakat ditayangkan sejak 9 Julai lalu. Negara yang ada akses Disney+ (bukan Hotstar) ditawarkan akses awal penstriman filem ini pada harga $29.99 (~RM125.70). Melalui Premiere Access ini, Disney berjaya mengutip $60 juta iaitu sekitar RM251,490,000. Harga langganan Disney+ di Amerika Syarikat adalah $7.99 (~RM33.49), disebabkan tidak menawarkan sewa/beli filem digital awal jika tidak melanggan platform penstriman mereka – jumlah perbelanjaan adalah lebih kurang RM159.19.

Disney secara tidak langsung telah menjana untung yang gila tinggi. Win-win situation, Disney untung pengguna terhibur. Dengan sokongan Disney+ di Amerika Syarikat yang boleh tetapkan enam profil dan menyokong empat skrin strim serentak – jika kongsi empat, seorang sekitar RM39.80, manakala jika kongsi enam guna secara bergilir seorang hanya belanja sekitar RM26.50.

null

Dengan sekitar 2 juta pengguna Disney+ membeli akses Premiere Acces Disney+, filem baharu boleh ditonton dengan selamat bersama yang tersayang di rumah tanpa risiko keluar rumah. Ia juga membantu pemasaran filem menjadi lebih baik dengan tayangan yang terhad. Lihat sahaja di Malaysia, tayangan tunda ke 29 Julai. Walaupun ini adalah perkara baik untuk Disney, tidak bermakna ia akan diteruskan lagi di masa hadapan.

Black Widow adalah antara filem yang eksekutif Disney alami dilema, sama ada kekal di panggung atau tawarkan secara penstriman. Menyebabkan tarikh tayangan berkali-kali tukar dan tunda. Disebabkan MCU ada aset penting Disney, jika keadaan panedemik Covid-19 masih teruk – ada kebarangkalian Disney akan teruskan penawaran filem MCU begini. Kekurangan penawaran seperti ini adalah kutipan tiket di negara-negara yang tiada akses Disney+ Premiere Access serta tarik tayangan ditunda.

Tidak lupa juga yang jika ada penawaran digital, bermakna kandungan cetak rompak mula tersebar. Harapnya ada solusi lain di mana kita semua boleh nikmati filem MCU degan lebih tenang dan senang.

Sohor Kini