Netflix melalui kenyataan yang dikeluarkan kepada pelabur telah mengumumkan yang mereka kini mempunyai 208 juta pelanggan berbayar setakat suku pertama tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 5 juta berbanding akhir suku akhir 2020. Walaupun dengan peningkatan tersebut, ia adalah lebih rendah berbanding sasaran mereka iaitu 210 juta pelanggan.
Mereka mengatakan yang kadar peningkatan pelanggan berbayar rendah kerana kekurangan kandungan pada suku pertama tahun ini akibat banyak kandungan tertunda kerana pandemik covid-19. Namun, mereka menjangkakan suku kedua akan memperlihatkan peningkatan yang lebih baik kerana hadirnya musim baharu untuk pelbagai siri popular dan juga filem-filem menarik, untuknya Netflix mengatakan akan berbelanja $17 bilion (~RM70 bilion) untuk kandungan baharu pada tahun ini.
Netflix juga telah berkongsi jumlah tontonan untuk siri, filem baharu dan juga kandungan bukan bahasa Inggeris, jumlah ini adalah pelanggan yang tonton siri atau filem tersebut dalam masa 28 hari selepas disiarkan;
Siri
- Firefly Lane (49 juta)
- Cobra Kai Musim 3 (45 juta)
- Fate: The Winx Saga (57 juta)
- Ginny & Georgia (52 juta)
Filem
- I Care a Lot (56 juta)
- Yes Day (62 juta)
- Outside the Wire (66 juta)
- To All the Boys I’ve Loved Before (51 juta)
Kandungan Global
- Below Zero (47 Juta)
- Space Sweepers (26 juta)
- Squared Love (31 juta)
- Who Killed Sara? (55 juta)
Sebagai penutup untuk kenyataan tersebut, Netflix juga mengatakan yang walaupun mempunyai 10 tahun permulaan berbanding perkhidmatan penstriman lain, mereka akan terus memastikan Netflix terus menjadi platform dengan kandungan terbaik.