Skip to main content

Bulan Mei tahun lepas, Sonic disahkan akan mempunyai filem sekuel. Filem sekuel ini dikatakan akan menyertakan watak kegemaran ramai iaitu, Knuckles.

Pada awalnya watak ini dikatakan akan disuarakan oleh Jason Momoa. Tetapi baru-baru ini, pengumuman rasmi mendedahkan informasi berbeza. Knuckles secara rasminya akan disuarakan oleh Idris Elba iaitu pelakon Bloodsport dalam Suicide Squad atau Heimdall dalam francais filem MCU.

Perwatakan Knuckles adalah serius. Tetapi disebabkan beliau lkurus bendul, ia membawakan elemen lucu. Dengan suara Idris Elba, adakah watak ini akan menjadi watak menarik?

Leave a Reply