Fantasian adalah permainan JRPG yang bagi kami adalah antara permainan terbaik ditawarkan di Apple Arcade. Bahagian pertama untuknya sudah dilancarkan sejak bulan April lepas, dan minggu ini, mereka mengumumkan yang bahagian kedua dan juga terakhir akan dilancarkan pada 13 Ogos 2021.

Ia dibangunkan oleh Mistwalker iaitu studio yang ditubuhkan oleh Hironobu Sakaguchi iaitu pencipta untuk siri Final Fantasy selepas beliau meninggalkan Square Enix.

Selain itu, 13 Ogos ini, Apple Arcade juga akan menerima permainan wurdweb iaitu permaianan tekaria perkataan. Ia menyertakan pelbagai mod berbeza seperti Target Mode, dan Harian, Mingguan serta Bulanan.

Pada minggu lepas, Apple Arcade juga telah menerima satu lagi permainan JRPG popular iaitu Monster Hunter Stories yang sudah boleh dimainkan sekarang.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Leave a Reply