Permainan-permainan indie terus menjadi perkara yang penting untuk setiap platform, di perantaraan antara permainan-permainan mercu, permainan indie akan mengisi kekosongan tersebut, bahkan ada juga pemain yang lebih mengutamakan permainan indie terutama kerana kebiasaannya ia ditawarkan dengan harga yang lebih murah.
Hari ini, Nintendo telah berkongsi sebilangan permainan-permainan indie yang akan tiba untuk konsol Switch mereka melalui Nintendo Indie World yang anda boleh tonton di bawah. Namun, secara ringkasnya kami juga senaraikan kesemua permainan yang diumumkan.
Road 96
Digixart | Switch, PC | 2021
Road 96 adalah permaianan pengembaraan yang dunianya akan dicipta secara rawak. Pemain akan melalui pelbagai kawasan berbeza dan setiap pilihan akan membawa kepada kejadian berlainan dan juga kawasan baharu.
Aerial_Knight’s Never Yield
Aerial_Knight/Headup | PS, Xbox, Switch, PC | 19 Mei 2021
Never Yield permainan oleh Aerial_Knight menawarkan genre runner/side scrolling dengan pelbagai aksi parkour untuk melalui pelbagai halangan. Ia berlatar tempat di Detroit dengan rekaan lebih futuristik dan menjadikan Tokyo sebagai rujukan. Ia juga dikatakan mempunyai runut bunyi yang akan disukai ramai.
Last Stop
Variable State/Annapurna Interactive | PS, Xbox, Switch, PC | Julai 2021
Last Stop adalah permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada tiga watak iaitu John, Donna dan Meena di mana kehidupan mereka saling berhubung, menjadikan tiga penceritaan di dalam satu. Ia mempunyai pilihan dialog dan juga pelbagai permainan mini.
Hindsight
Joel Mcdonald/Annapurna Interactive | Switch, PC, iOS | 2021
Satu lagi permainan pengembaraan yang diterbitkan oleh Annapurna. Di dalam permainan ini, pemain akan mengawal seorang wanita. Apabila ia menyentuh sesuatu barangan ia akan membawa kepada kisah-kisah silam dan juga masa hadapan.
OlliOlli World
Roll7 / Private Division | PS, Xbox, Switch, PC | 2021
Permainan seterusnya untuk siri popular arked papan selaju. Di dalam dunia permainan yang direka secara rawak, pemain boleh melalui kawasan yang berbeza, berjumpa dengan pelbagai watak untuk menerima misi sampingan. Selain itu, ia masih lagi membolehkan pemain untuk melakukan pelbagai gerakan bagi mendapat markah tertinggi.
The Longing
Studio Seufz / Application Systems Heidelberg | PC, Switch | 15 April 2021
The Longing sudah dikeluarkan untuk PC, ia akhirnya tiba di Switch hari ini. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi seorang hamba yang sedang menantikan seorang raja yang akan hidup semula dalam masa 400 hari. 400 hari tersebut akan dikira secara masa nyata, tetapi akan menjadi lebih pantas jika berada di satu kawasan ataupun melakukan aktiviti tertentu. Ia mempunyai pelbagai pengakhiran berdasarkan apa yang dilakukan oleh pemain.
There is No Game: Wrong Dimension
Draw Me A Pixel PC, Switch, iOS, Android | 15 April 2021
There is No Game: Wrong Dimension adalah permainan point-and-click yang turut menyertakan pelbagai tekaria. Ia membawa rekaan tekarian yang unitk dengan melibatkan elemen-elemen biasa di dalam permainan video termasuk juga skrin pemuatan.
Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge
Tribute Games / Dotemu | PS, Xbox, Switch, PC | 2021
Teenage Mutant Ninja Turtles: Shredder’s Revenge adalah permainan aksi side-scroller yang diterbitkan oleh penerbit untuk Street of Rage 4. Ia membawa bentuk permainan serta grafik seperti permainan klasik akan tetapi membawa pelbagai perubahan untuk menjadikan ia lebih segar. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun multi-pemain sehingga 4 pemain.
Cris Tales
Dreams Uncorporated / Modus Games | PS, Xbox, Switch, PC | 20 Julai 2021
Cris Tales adalah permainan RPG yang mempunyai bentuk pertempuran mengikut turutan. Selain rekaan dunia dan watak yang menarik, ia juga menyertakan satu kebolehan yang unik iaitu memanipulasikan masa, bukan sahaja semasa pengembaraan tetapi juga semasa pertempuran. Dengan mengubah masa, pemain mungkin menjadikan penjahat menjadi lebih muda dan lebih mudah untuk dikalahkan.
GetsuFumaDen: Undying Moon
GuruGuru / Konami | PC, Switch | 2022
GetsuFumaDen: Undying Moon adalah permainan susulan untuk permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 1987 untuk Famicon bagi pasaran Jepun. Bagi versi baharu ini, ia menawarkan genre aksi side-scrolling yang juga mempunyai elemen roguelite. Ia akan dikeluarkan untuk Switch pada tahun depan, tetapi akan tiba secara akses awal di PC sekitar tahun ini.
Aztech Forgotten Gods
Lienzo | PS, Xbox, Switch, PC | 2021
Aztech Forgotten Gods adalah permainan aksi pengembaraan, di mana pemain akan mengawal watak bernama Achtli untuk bertempur dengan pelbagai ‘tuhan’. Ia menampilkan rekaan futursitik tetapi disulani dengan rekaan berdasarkan Aztech.
Skul: The Hero Slayer
Southpaw Games / Neowiz | PC, Switch | 2021
Skul: The Hero Slayer adalah permaian aksi roguelite yang sudah dikeluarkan untuk PC pada Januari lepas dan menerima sambutan yang baik. Untuk melalui pelbagai kawasan dan cabaran, pemain boleh menukar “kepala” skul untuk mendapat kebolehan yang berbeza. Terdapat lebih 90 pilihan kepala secara keselurhan.
Oxenfree II: Lost Signal
Night School Studio / MWM Interactive | PC, Switch | 2021
Oxenfree II: Lost Singnal adalah permainan susulan Oxenfree yang dikeluarkan pada tahun 2016, ia berlaku 5 tahun selepas permainan tersebut. Pemain akan mengawal watak baharu bernama Riley. Ia adalah permainan pengembaraan yang banyak melibatkan dialog. Permainan pertama menyertakan penceritaan misteri yang sangat baik.
Selain 13 permainan di atas, Nintendo juga memperlihatkan beberapa permainan antaranya adalah Art of Rally, KeyWe, Labyrinth City: Pierre the Maze Detective, Weaving Tides, The House of Dead: Remake, Ender Lilies: Quietus of the Knights, Beasts of Maravilla Island, dan FEZ yang sudah pun tiba bermula hari ini. Selain itu, mereka juga mengumumkan jualan promosi permainan indie berlangsung di Nintendo eShop sehingga 25 April 2021.


