Permainan Until We Die Kini Menyokong Bahasa Malaysia

Until We Die merupakan permainan strategi penatalan-tepi, yang dibangunkan oleh Pixeye Games, ia baru sahaja dikeluarkan pada bulan lepas, dan beberapa hari selepas dilancarkan mereka mengumumkan yang permainan tersebut telah menyokong sesi permainan di dalam Bahasa Malaysia.

Penempatan permainan ini kepada bahasa Malaysia dilakukan oleh Mayflower Entertainment iaitu syarikat dari Korea yang banyak terlibat dengan perkhidmatan penempatan untuk Bahasa Korea tetapi kini juga terlibat dengan penempatan kepada Bahasa Malaysia. Mereka juga terlibat dengan penerbitan permainan seperti Encodya dan Cross Code.

Oleh kerana permainan ini tidak menyertakan lakonan suara, kebanyakan proses penempatan adalah dilakukan untuk dialog dan teks permainan sahaja. Jika anda berminat, Until We Die boleh didapati di Steam dengan harga promosi sehingga 3 Ogos iaitu RM30.60 sahaja.

Sohor Kini