Fasa Ujian Beta Terbuka Kedua (OBT2) untuk permainan MMORPG PC, Ragnarok Zero: Global, kini dilancarkan secara rasmi bermula 7 Julai 2026 sehingga 15 Julai 2026. Ujian yang dikendalikan oleh Gravity Game Unite ini boleh diakses oleh pemain di rantau Asia Tenggara, Eropah, dan Oceania.
Fasa OBT2 kali ini membawakan penambahbaikan dari segi kualiti kandungan, aspek localization, dan kestabilan perkhidmatan hasil daripada maklum balas yang dikumpul semasa fasa ujian beta pertama. Antara penambahan utama yang diperkenalkan ialah “RO Factory”, sebuah sistem Kandungan Janaan Pengguna pertama dalam sejarah siri Ragnarok yang membenarkan pemain menghasilkan kesan kosmetik tapak kaki sendiri untuk dikongsi bersama komuniti global. Kuota awal sebanyak 100 peserta untuk ciri ini telah dipenuhi sepenuhnya sebaik sahaja pendaftaran dibuka, dan pembangun sedang berusaha menambah slot tambahan.

Selain itu, ujian ini turut membawakan permainan sampingan “Get Poring”, di mana pemain boleh mengumpul dan membela Poring unik untuk dipindahkan ke dalam Ragnarok Zero: Global sebagai haiwan peliharaan. Pihak pembangun juga menyediakan mod “MVP Raid” yang membolehkan pemain bekerjasama dalam kumpulan untuk menentang bos MVP bagi mendapatkan ganjaran serta barangan rampasan.
Sepanjang tempoh ujian berlangsung, beberapa acara komuniti turut dianjurkan bagi menawarkan pelbagai jenis ganjaran. Pemain yang melakukan semakan kehadiran harian di laman web OBT2 akan menerima 20,000 Free Kafra Points setiap hari. Ganjaran item sokongan seperti Wings of Fly akan diberikan berdasarkan pencapaian tahap watak, manakala pemain yang berjaya mencapai tahap maksimum akan memperoleh Valhalla Pass untuk memindahkan Poring yang telah dibela.
Bagi pra-pendaftaran kedua-dua permainan, pemain layak menerima Rare Poring Egg di dalam “Get Poring”. Pihak penerbit turut menyediakan ganjaran Infinite Wings of Fly Box untuk laporan pepijat yang sah bersama tangkapan skrin, di samping mengadakan tinjauan komuniti dan semakan rawak di media sosial.
Pemain yang berminat untuk menyertai fasa OBT2 ini boleh mendaftar dan memuat turun klien PC melalui laman web rasmi di https://roz.mygnjoy.com/en/event/2ndobt. Pra-pendafataran pasaran juga masih dibuka menerusi pautan https://roz.mygnjoy.com/en/event/prereservation?media=pr7, manakala hab komunikasi komuniti boleh diakses melalui Discord di https://discord.gg/bFg77WjcHT.


