Pada bulan Mei lepas, Twitch telah mengumumkan yang mereka akan memperkenalkan harga langganan tempatan yang akan menjadikan harga langganan berbeza mengikut negara. Mereka memulakan di Turki dan Mexico dengan harga TRY 9.90 (~RM4.90) dan 48 Pesos (~RM4.14).

Twitch telah mengumumkan secara rasmi harga langganan baharu untuk Malaysia adalah RM7.99 berbanding $4.99 ataupun RM20.99 sebelum ini. Perubahan harga sudah pun bermula, di mana jika anda melanggan bermula hari ini, ia sudah menggunakan harga baharu.

Bagi langganan sedia ada, harga baharu akan dibayar apabila pembaharuan dilakukan tidak kira dalam masa terdekal ataupun sebulan lagi. Harga ini juga akan memberi kesan kepada Tahap langganan iaitu Tier 2 dan Tier 3 kini juga akan menjadi lebih murah.

*artikel dikemaskini pada 23 Julai untuk menyertakan pengumuman rasmi oleh Twitch bersama dengan harga dan perubahan tajuk artikel.

Sohor Kini