Filem Black Widow Ditunda Sekali Lagi – Kini Pada 12 Ogos

Dikemaskini 15 Julai 2021 – Menurut Disney Malaysia hari ini, disebabkan keadaan pandemik Covid-19 di negara yang masih tidak aman. Kemudian inisiatif lockdown yang masih diteruskan, tarikh tayangan Black Widow daripada 29 Julai akan ditunda kepada 12 Ogos 2021.

Sementara itu anda boleh baca artikel kami di bawah ini;

Baca: Kita Perlukan Lebih Banyak Prekuel Seakan Black Widow Untuk Menjaga Legasi Watak Dan Menutup Plot Hole

Kami faham Disney+ Hotstar tidak menawarkan Premiere Access, bagus kepada mereka yang menyokong kandungan asli dengan melanggan VPN, akaun Amerika Syarikat Disney+ dan sanggup membelanjakan wang lebih RM100 untuk akses filem ini. Apabila versi digital sudah ada, bermakna cetak rompak pun sudah ada.

Kami mengharapkan anda semua tidak memuat turun versi cetak rompak dan sama-sama kita sokong Disney Malaysia dan pawagam tempatan kita untuk tayangan pada Ogos akan datang.


Artikel Asal 29 Jun 2021

Black Widow adalah antara filem yang ramai nanti-nantikan, kerana ia adalah filem MCU pertama yang akan ditayangkan selepas Spider-Man: Far From Home dua tahun lepas. Ia juga merupakan filem yang Scarlett Johansson inginkan, iaitu filem solo watak beliau – Black Widow/Natasha Romanoff.

Pada awalnya, filem ini dijadualkan untuk ditayangkan 1 Mei 2020. Disebabkan pandemik Covid-19, ia ditunda ke November dan kemudian pada 8 Julai. Hanya 9 hari sahaja lagi untuk kita sampai ke tarikh ini, tetapi apa boleh buat – panggung wayang masih tidak dibuka dan kini Disney memaklumkan kepada kami – Black Widow akan ditunda sekali lagi. Kini ia dijadualkan pada 29 Julai 2021 pula.

Filem ini akan menceritakan asal-usul Black Widow, seperti bagaimana beliau boleh menjadi seorang Ejen SHIELD yang hebat, bagaimana beliau mempunyai skil luar biasa tanpa ada kuasa dan juga latar belakang beliau termasuk hubungan dengan Yelena Belova, Red Guardian dan apa yang berlaku di Budapest antara beliau dan Hawkeye.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini