Kehidupan di dunia raksasa adalah lebih kurang seperti manusia. Itulah yang diperlihatkan dalam dunia animasi Monster Inc. Kita tahu sebelum raksasa ini bekerja di kilang hebat dan popular Monster Inc., setiap raksasa perlu tamatkan pengajian dalam universiti Monster University – seperti dalam filem prekuel.

Francais animasi ini dikembangkan lagi dengan siri animasi pula, Monster at Work. Ia berlaku selepas filem pertama, di mana kilang mengumpul jeritan kanak-kanak diubah kepada mengumpul gelak tawa. Tylor yang baru sahaja tamat belajar ingin bekerja sebagai Mike dan Sully di Monster Inc., tetapi cita-cita ingin menjadi raksasa seram pudar selepas sedar beliau perlu menjadi badut.

Tonton Monster At Work Di Disney+ Hotstar Malaysia

Siri animasi ini mempunyai 10-episod dan anda sudah boleh menyiarkan siri TV ini ini di Disney+ Hotstar Malaysia sejak 7 Julai. Dua episod sudah boleh ditonton, episod tiga sehingga akhir akan disiarkan secara mingguan.

Sohor Kini