Butiran lanjut mengenai siri TV Monster At Work, iaitu sekuel kepada filem Monster Inc. mula didedahkan sejak Januari lalu. Billy Crystal akan kembali sebagai Sully dan John Goodman akan kembali sebagai Mike. Siri TV ini berlaku enam bulan selepas filem. Siri TV ini akan disiarkan pada 2 Julai di Disney+. Video acah bagi siri TV ini turut diterbitkan baru-baru ini.

Siri TV ini akan memfokuskan kepada Tylor Tuskmoon lakonan suara Ben Feldman adalah watak raksasa baharu. Beliau adalah pelajar cemerlang Top Scarer di Monsters University . Pergi ke Monster Inc. dengan hasrat untuk berjaya membuat kanak-kanak jerit ketakutan. Tetapi Monster Inc. telah alih fokus tanpa diketahui Tylor.

Sepanjang siri TV ini, Sully dan Mike akan membantu Tylor menjadi Jokester berjaya. Pelbagai watak lama akan kembali seperti Bonnie Hunt sebagai Ms. Flint dan turut diiringi oleh watak-watak baharu dengan lakonan suara Mindy Kaling sebagai Val Little, Henry Winkler sebagai Fritz, Lucas Neff sebagai Duncan, dan Alanna Ubach sebagai Cutter. Mereka semua adalah kru untuk pasukan Monster Inc. Facilities Team (MIFT).

Sedikit peringatan bagi yang tidak tahu atau lupa apa yang berlaku dalam filem asal sehinggakan kilang yang mengumpul jeritan ketakutan kanak-kanak kepada kilang yang mengumpul gelak tawa ceria kanak-kanak. Penghujung filem Sully dan Mike menyedari ketawa kanak-kanak menjana 10 kali ganda tenaga, selepas melihat Boo bahagia.

Saksikan siri TV ini di Disney+ 2 Julai akan datang.

Sohor Kini