Di acara TCA hari ini, selain Kevin Feige berkongsi perkembangan siri TV MCU di Disney+ – banyak informasi mengenai siri TV akan datang didedahkan. Salah satunya adalah siri TV sampingan Monster Inc.

Siri TV ini berjudul Monster At Work yang mana memfokuskan watak raksasa baharu Tylor Tuskmoon (lakonan suara Ben Feldman). Tyler memandang Mike dan Sully dan ingin menjadi seperti mereka berdua, iaitu hebat di Laugh Floor. Siri TV akan menawarkan pengalaman menonton yang menggelikan hati.
Siri TV ini akan disiarkan di Disney+ pada 2 Julai akan datang. Saya adalah antara peminat filem Monster Inc. Saya masih ingat lagi, berkali-kali saya tonton filem ini. Termasuk sekarang, saya turut cuba menarik perhatian adik saya untuk cuba nikmati keseronokan animasi Disney. Harapnya pada tarikh ini, ia sudah boleh diakses di Malaysia