Pada acara D23 dua tahun lepas, Disney telah mengumumkan kehadiran siri TV sampingan Monster Inc. berjudul Monster at Work. Tetapi selepas itu sebarang berita atau kemaskini mengenai siri TV ini langsung tidak kedengaran. Tiada senarai pelakon penuh, tiada video acah dan tiada tarikh siaran selain kita tahu yang siri TV ini akan disiarkan di Disney+.

Billy Crystal selaku pelakon suara untuk Sully telah mendedahkan serba sedikit informasi mengenai siri TV ini kepada Collider. Beliau mengesahkan yang beliau akan kembali sebagai Sully dan John Goodman akan kembali sebagai Mike. Siri ini sepatutnya disiarkan pada tahun lepas bulan November, iaitu ulang tahun ke-20 filem Monster Inc. Tetapi disebabkan Covid-19 dengan rakaman suara yang perlu dibuat di rumah sendiri dan banyak isu lain – siri ini ditunda ke tahun 2021.

Siri TV ini berlaku enam bulan selepas filem Monster Inc., di mana memfokuskan watak raksasa baharu – Tylor Tuskmoon lakonan suara Ben Feldman. Tyler memandang Mike dan Sully dan ingin menjadi seperti mereka berdua, iaitu hebat di Laugh Floor. Siri TV ini akan menjadi siri yang seronok dan lucu menurut Billy.

Monster at Work dihasilkan oleh Roberts Gannaway dan beliau turut menjadi penerbit eksekutif. Kelly Marie TranAlanna UbachJennifer TillyJohn Ratzenberger dan Bob Peterson adalah antara pelakon lain yang terlibat dengan siri TV ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini