Tahun lepas, Netflix mengumumkan satu episod khas bagi siri TV Korea mereka – Kingdom. Kingdom: Ashin of the North, prekuel kepada siri TV Kingdom menceritakan bagaimana pandemik zombi bermula dalam dunia K-Drama ini. Kingdom juga merupakan K-Drama Netflix Original ang digemari ramai, selepas musim kedua tamat – ramai tidak sabar untuk mereka hadir degan yang baru.
Episod khas ini akan disiarkan pada bulan ini, di mana akan menceritakan kisah Ashin dan sejenis tumbuhan yang digelar sebagai Resurrection Plant atau tumbuhan kebangkitan. Tumbuhan inilah yang menjadi punca pandemik zombi di zaman Joseon.
Terkini, Netflix mempertontonkan video acah baharu. Ia memperlihatkan bagaimana Ashin diburu kerana tumbuhan ini. Ashin mungkin menyalahkan diri sendiri kerana menjadi punca mendedahkan Resurrection Plant kepada umum. Video dilihat penuh dengan aksi menarik, pelbagai jenis serangan zombi, sinematografi yang kelihatan cukup ngeri, seram dan mendebarkan.
Dalam video acah baharu ini, Netflix menjelaskan bagaimana tragedi ini dan di mana ia bermula – iaitu di wilayah utara Pyesa-gun. Kawasan terbiar selama 100 tahun lebih, secara tiba-tiba mayat muncul. Disebabkan zombi menyerang kawasan ini, perkampungan di mana Ashin tinggal – beliau mula rasa geram dan ingin balas dendam. Beliau kini adalah pahlawan yang bersumpah akan membunuh semua zombi.

Adakah Ashin akan bantu menghentikan pandemik zombi di zaman Joseon? Atau ada lagi rahsia yang akan didedahkan? Sama-sama kita nantikan siaran Kingdom: Ashin of the North pada 23 Julai ini.